Copied from a friend's friend blog.
Find it somehow rather interesting.
Happy reading.
Ketika bercakap, mengapa sesetengah orang begitu kuat suaranya seolah-olah berteriak? Adakah dengan berteriak akan menjadikan mesej lebih bertenaga daripada bersuara perlahan dan memadai untuk menyampaikan mesej?
Suatu hari, seorang guru bertanya kepada murid-muridnya. "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan bercakap dengan suara yang kuat atau berteriak?"
Seorang murid mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana pada masa itu dia telah hilang sabar, sebab itulah berteriak."
"Tapi..." gurunya bertanya semula. "Rakannya berada di sebelah sahaja. Mengapa dia harus berteriak? Kenapa tidak dapat bersuara dengan lebih perlahan?"
Hampir semua pelajar memberikan jawapan yang dikira munasabah menurut pertimbangan mereka. Tetapi tidak ada satu jawapan yang memuaskan hati guru.
Lalu guru menerangkan: "Ketika dua orang yang sedang berada dalam keadaan marah, jarak antara kedua hati menjadi sangat jauh walaupun secara fizikalnya mereka begitu hampir. Jadi, untuk sampai ke jarak berkenaan, mereka mesti berteriak supaya didengari.
Anehnya, semakin kuat dan keras berteriak, mereka menjadi semakin marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara kedua-duanya menjadi lebih jauh. Dan mereka terpaksa berteriak dengan lebih kuat."
Sambil merenung mata para pelajarnya, guru ini menambah: "Sebaliknya, apa yang terjadi jika dua orang saling cinta mencintai? Mereka tidak pun berteriak tetapi membisikkan suara yang halus, kecil dan mesra. Sehalus manapun, mereka masih lagi mendengar suara masing-masing.
Mengapa?" Para pelajar nampak buntu dengan muka yang penuh tanda tanya. Kelihatan seperti berfikir tetapi tidak berani bersuara memberikan jawapan.
"Kerana hati mereka begitu dekat dan tidak berjarak. Hati mereka begitu hampir sehingga sepatah ucapan pun tidak perlu diluahkan, cukup dengan pandangan mata kerana mereka memahami apa yang ingin disampaikan."
Akhirnya guru membuat kesimpulan. "Ketika sedang marah, janganlah kamu mencipta jarak hati. Lebih-lebih lagi jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan kerana ia melebarkan jarak hati kamu. Mungkin pada masa itu, yang terbaik ialah berdiam diri, duduk atau berbaring kerana waktu akan membantu kamu."
hmm..kinda true jugak eh?..
No comments:
Post a Comment